Ini Doa Dan Zikir Ibu Bapa Untuk Anak Hadapi Peperiksaan. | TAZKIRAH HARIAN : Doa ibu bapa adalah salah satu daripada doa yang mustajab. Ketika anak menjalani situasi genting dan mencabar seperti peperiksaan, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH agar urusan anak-anak dipermudahkan.
Berdebar dan bimbang mencetuskan situasi yang kelam kabut tidak hanya kepada ibu bapa tetapi anak yang bakal menduduki peperiksaan. Justeru tenanglah ibu dan ayah.
Bersama ini kami kongsikan doa dan zikir khas untuk diamalkan calon dan ibu bapa boleh amalkan menjelang peperiksaan seperti dikongsikan oleh pendakwah Ustazah Asma’ Harun, Datuk Dr Ustazah Norhafizah Musa dan mantan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Mohd Murtadza Ahmad termasuk yang diamalkan sendiri:
DOA IBU BAPA KETIKA ANAK HADAPI PEPERIKSAAN
Allahumma Ya Alim Ya Hakim Ya Rashid, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Memiliki Ilmu, Maha Bijaksana dan Maha Cerdas,
Kurniakanlah kepada anak kami keberkatan dan kefahaman terhadap ilmu yang mereka pelajari, kebijaksanaan dalam menjawab setiap soalan dengan betul dan kecerdasan dalam menyelesaikan kertas peperiksaan mengikut waktu yang ditetapkan.
1- Allahumma Ya Baasit Yang Maha Melapangkan, lapangkan dada anak-anak kami Ya ALLAH agar mereka tenang ketika di dewan peperiksaan dan jelas ketika melihat soalan.
2-Allahumma Ya Salam Ya Mu’min, Yang Maha memberi keamanan dan kesejahteraan, berikanlah kesihatan yang sempurna dan keamanan sepanjang tempoh ini.
3- Allahumma Ya Mani’ (Yang Maha Mencegah), cegahlah mereka daripada penyakit lupa, lalai, cuai, was-was, resah gelisah, lemah semangat dan ketakutan yang berlebihan.
Allahumma Ya Aziz Ya Qowiy Ya Matin,
Ya ALLAH Yang Maha Perkasa, Maha Kuat dan Maha Teguh. Kurniakan kekuatan kepada jiwa, minda, mata telinga dan seluruh jasad mereka dalam mengharungi ujian dan cabaran peperiksaan ini.
Layari website nalurikini.com untuk membaca tentang kisah-kisah idola.
Allahumma Ya Quddus Ya Jalil, Yang Maha Suci dan Maha Jernih, bersihkan dan jernihkan hati dan fikiran mereka daripada bisikan syaitan dan nafsu yang melemahkan semangat mereka.
DOA RASULULLAH SAW KEPADA IBNU ABBAS RA
Daripada Ibnu Abbas r.a., beliau berkata:
فَقَالَ: اللهُمَّ فَقِّهْهُ فِي الدِّينِ، وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيلَ
Maksudnya: Rasulullah SAW mendoakan Ibnu Abbas dengan doa yang masyhur. “Ya ALLAH! Berikanlah kepadanya (Ibnu Abbas) kefahaman dalam agama serta ajarkanlah kepadanya takwil.”
(HR Ahmad, hadis sahih)
DOA AGAR DIBERI KECERDASAN BERFIKIR
Doa daripada Nabi SAW, menjadi amalan saya sendiri daripada zaman belajar, ibu ayah boleh ajarkan anak-anak doa ini:
اللَّهُمَّ أَلْهِمْني رُشْدِي ، وَأَعِذْنِي مِنْ شَرِّ نَفْسِي
“Ya ALLAH, berilah ilham kepadaku berupa petunjuk yang jelas dan lindungilah aku dari keburukan diriku.”
(HR Tirmizi, hadis hasan)
Ya Rahman Ya Rahim Ya Ro’uf Ya Karim, jadikan peperiksaan ini sebagai medan untuk mereka dan kami menjadi hamba-MU dan khalifah-MU di bumi, semoga dengan kecemerlangan peperiksaan ini membawa mereka dan kami lebih hampir kepadaMu.
Ameen Ya Mujib (Yang Maha Memakbulkan)
ZIKIR IBU BAPA UNTUK KECEMERLANGAN ANAK-ANAK
Manakala catatan daripada UTM menitipkan rangkaian zikir yang disarankan oleh Datuk Dr Ustazah Norhafizah Musa.
Allahumma
Ya Alim Ya Hakim Ya Roshid (40 kali)
Bicara hati: Ya ALLAH Alirkan kebijaksanaan ke dalam minda anakku agar dia dapat menjawab dengan baik.
Allahumma
Ya zohir (40 kali)
Bicara hati: Ya ALLAH Engkau nampakkan jawapan yang betul dalam minda anakku kerana Engkau Maha Menampakkan
Allahumma
Ya Fatah (40 kali)
Bicara hati: Ya ALLAH bukakanlah minda anakku seluas langit dan bumi agar dia nampak segala jawapan yang betul.
Allahumma
Ya Baari’ (40 kali)
Bicara hati: Ya ALLAH aku serah seluruh jiwa raga anakku hanya kepada-MU Engkau uruskan sebaik-baiknya sepanjang dia exam ini Ya Allah. Kau aturlah otak dan minda juga jari-jemarinya untuk menjawab dengan pimpinanmu Ya Hadi.
Layari website nalurikini.com untuk membaca tentang kisah-kisah idola.
Aku yakin hanya kuasa-MU sahaja Ya ALLAH, aku tiada daya (sekali).
“Ulangilah zikir ini sepanjang anak menghadapi peperiksaan. Bayangkan anak-anak sedang menjawab dengan betul dan senyum.
“Pastikan anak-anak dalam keadaan berwuduk semasa nak pergi sekolah. Kalau batal tak mengapa. Mak ayah kena perbanyakkan istighfar sepanjang exam ini juga ya,” kongsinya.
DOA PERLU DIAMALKAN OLEH ANAK (CALON PEPERIKSAAN)
Mantan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Mohd Murtadza Ahmad turut berkongsi doa yang boleh diamalkan oleh calon untuk menghadapi peperiksaan.
Membaca Al-Fatihah dan hadiahkan kepada Rasulullah SAW. Ingat di dalam hati meminta kepada ALLAH SWT.
Seterusnya amalkan zikir dan doa seperti di bawah:
Astaghfirullaha innallaha kanatawwaba (70 kali)
أَسْتَـغْفِرُ اللهَ إِنَّ اللهَ كَانَ تَوَّابًا
Ya Latif
يَا لَطِيفُ (100 kali)
Ya Fattah Ya Aziz
يَا فَتَّـاحُ يَا وَهَّابُ (25 kali)
Rabbi Yassir wala tuassir Ya Karim
رَبِّ يَسِّرْ وَلاَ تُعَسِّرْ يَا كَرِيمُ (25 kali)
Surah Al-Sharh (ayat 1 hingga 8)
(3 atau 8 kali)
Surah Quraish (ayat 1 hingga 4)
(3 atau 8 kali)
رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْـلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي وَزِدْنِى عِلْمًا وَفَهْمًا وَارْزُقْنِى نَجَاحًا فِى التَّعَـلُّمِ وَالإِمْتِحَانِ
(3 kali)
Moga bermanfaat!